Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Ahad, 2 Januari 2011

Apa BezA JaHiLiyyAh SekARaNg DeNgAn JahiLiyyah DaHuLu??

Assalammualaikum kepada saudara-saudara islam ku yang hidup di muka bumi Allah.Tahukah kalian perbezaan antara jahiliyyah sekarang dengan jahiliyyah pada masa dahulu.Sungguh berbeza..Apa yang saya ingin katakan di sini,Jahiliyyah adalah bermaksud tidak mengetahui apa-apa atau tidak ada ilmu pengetahuan atau boleh dikatakan bodoh.Manusia yang hidup pada zaman jahiliyyah tidak mengetahiu hukum-hukum atau ilmu pengetahuan tentang islam.Namun apabila utusan Allah yang diturunkan kepada Nabi terakhir,Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril A.S telah membawa perubahan yang besar kepada manusia hinggalah ke sekarang.Dengan tersebarnya dakwah islam ke seluruh pelusok dunia,umat islam berpegangan pada AL QURAN dan AS SUNNAH sehingga ke detik ini.Jahiliyyah telah ditindas oleh Rasulullah,para sahabat,tabiq,tabi'en dan tabiq tabi'en.Semua perkara jahiliyyah telah dimusnahkan pada zaman dahulu.Pengorbanan Rasulullah dengan para sahabat ketika dahulu membawa makna yang besar kepada umat islam.Namun apa yang berlaku pada akhir zaman kini,umat islam telah menghancurkan pengorbanan mereka.Kini jahiliyyah telah mula wujud kerana manusia sendiri.Ini kerana makna jahilyyah sekarang bererti berilmu pengetahuan atau pandai namun tidak menyerap di dada mereka.Apa yang saya ingin katakan bahawa umat islam mempelajari ilmu pengetahuan agama,pandai,dan berintelektual namun mereka tidak mengamalkannya.Contohnya seseorang umat islam mempelajari hukum-hukum menutp aurat tetapi tidak menutup aurat malah melakukan maksiat.Bukankah ia sama pada zaman jahiliyyah pada ketika dahulu.Mengapa ia boleh berlaku?Di dalam hadith Rasulullah mengatakan bahawa zaman jahiliyyah akan berlaku dan berulang kembali.Mereka islam tetapi jahil dan melakukan maksiat.Cuba kita lihat pada sekeliling kita,umat islam telah hanyut dibuai mimpi indah kemewahan dunia,pangkat,harta dan nama.Ini boleh dikaitkan dengan peristiwa Nabi Adam A.S dengan syaitan ketika Allah menyuruh para malaikat dan iblis untuk tunduk pada Nabi Adam A.S.Ini telah disebut di dalam kitab suci Allah surah Al Baqarah:

34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir.

Maka di saat itu iblis akan menggoyah hati iman manusia sehinggalah hari kiamat.Dan manusia akan leka dan alpa apabila tidak meningkatkan iman dan cekalkannya.Akhirnya terjadi permusuhan,pembunuhan,dan peperngan di muka bumi ALLAH.Sehingga kan ramai saudara-saudara islam kita terbunuh angkara saudaranya sendiri.Mengapa boleh jadi begiru?Ini kerana manusia hidup dengan kesronokkan cinta dunia.Bukankah bagus pemuda-pemuda islam syahid dalam perjuangan menegakkan syiar islam daripada syahid di jalan raya.Allahuakhabar.Sayang sungguh manusia kini.Wanita pula alangkah indahnya menyerahkan diri dalam mujahidah daripada menyerahkan diri kepada zina,melacur,membuat seks dengan lelaki bukan mahram.Sesungguhnya nilai seorang umat islam sangat berharga.Dimanakah pemuda seperti Sultan Muhammad AL Fateh??Salehhudin Al Ayubbi??Dan dimanakah pula wanita islam seperti Sumayyah?Asma abu bakar? DIMANAKAH?????????????BANGKITLAH WAHAI UMAT ISLAM!!SEDARLAH KAMU DARI MIMPI YANG LENA!!!!IA HANYA MENSIA-SIA KAN KALIAN.BANGKITLAH SEMANGAT ISLAM DALAM MENEGAKKAN SYIAR ISLAM.Sesungguhnya Allah akan menolong pada hambaNya yang menolong menyebarkan agama islam.ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan