Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Selasa, 4 Januari 2011

Siapa saudara kita??

Assalammualaikum kepada saudara-saudara islam ku di muka bumi ini.Allah telah menciptakan sebaik-baik manusia dari segumpal darah hingga Allah meniup roh ketika masih di dalam rahim seorang ibu.Apabila laungan azan oleh ayahanda tercinta di saat itulah kamu mendengar kalimah Allah yang Maha Esa.Kamu dilahirkan dari benih islam.Ibu bapa kamu menyirami didikan islam hinggalah kamu subur.Semakin kamu bernafas dan semakin itulah amalan kamu di dunia Allah ini.Justeru itu,makmurkanlah bumi Allah ini dengan menegakkan syiar islam yang telah kian ditindas oleh saudara kamu sendiri.Lihatlah manusia yang berada di sekeliling kamu.Mereka leka dan alpa dengan kemewahan dunia.Mereka bergaduh sesama saudara,mengejar kemewahan.darjat,nama,hidup dengan keseronokkan dunia dan melakukan maksiat.TAPI lihatlah saudara kamu pula yang sedang menanggung derita,sakit,kehancuran,penindasan oleh orang yang dilaknat Allah SWT.Mereka melakukan kekejaman kepada saudara kita.Apa yang sepatutnya yang kita harus lakukan??Hanya melihat mereka??siapa mereka pada kita??TAPI pada hari ini,orang yang bukan saudara kita telah kita bantu mereka hinggakan saudara seislam kita telah kita abaikan.Dimana silaturahhim yang telah Rasullah jalinkan dahulu saat penghijrahaan Baginda ke Madinah??ia telah kian runtuh kerana angkara kita.Manusia kini.Semua itu telah hilang keran di kaburi oleh anasir-anasir yang cuba melenyapkan silaturahhim itu.Ayuh!!!!Bangkitlah saudaraku.Jangan memperisa-siakan pengorbanan Rasulullah seketika dahulu.Jadilah mujahid mujahidah Allah.Biarlah kita mati dalam keadaan syahid daripada mati dalam keadaan sia-sia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan