Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Khamis, 30 Disember 2010

ISLAM ITU INDAH: PERANAN SEORANG PELAJAR ISLAM

ISLAM ITU INDAH: PERANAN SEORANG PELAJAR ISLAM: "Nilai seorang pelajar islam sangat bernilai kepada agama islam.Semangat seorang pelajar bukan sahaja di dalam bilik kelas atau kuliah sahaja..."

PERANAN SEORANG PELAJAR ISLAM

Nilai seorang pelajar islam sangat bernilai kepada agama islam.Semangat seorang pelajar bukan sahaja di dalam bilik kelas atau kuliah sahaja.Malah ilmu mereka boleh digunakan dalam keadaan apa-apa pun sehingga dapat menyelamatkan saudara-saudara islam yang tengah menderita akibat musuh Allah..Oleh itu,ibu bapa seharusnya mencorak ilmu di dada mereka.Kerana mereka adalah bakal mujahid mujahidah islam yang akan menegakkan agama islam fi sabillillah.Dididkan agama bukan sahaja ketika kecil malah semaik peningkatan dewasaan mereka harus diperhatikan oleh ibu bapa.Ini kerana mereka juga khalifah yang akan mentadbirkan muka bumi Allah ini.Ilmu-Ilmu islam yang telah disebarkan oleh Nabi kita,Rasulullah SAW adalah amanah kita untuk kita turunkan ilmu itu kepada anak-anak kita.Generasi islam bergantung kepada generasi kita akan datang.Jika kita tidak memberi amanah ini,maka hanya sia-sia sahaja usaha dan pengorbanan Rasulullah,para sahabat,dan tabiq tabi'en.Apa tujuan mereka buat itu semua??Hanya lah untuk umat islam pada zaman kini.Kita harus menyambung risalah-risalah kepada anak-anak kita.Tapi pengedaran zaman dengan kemewahan dunia telah menyebabkan generasi kita kini telah leka dan alpa dengan tugas amanah yang telah Allah perintahkan.Ilmu yang berkaitan dengan syariat islam bukan sahaja perlu kta tuntut.Malah ilmu islam itu luas dan berbagai seperti ekonomi,sains,perniagaan,teknologi dan lain-lain.Ini kerana ilmu-ilmu itu berkaitan dengan islam contoh ekonomi.Ilmu ini dapat menyelamatkan ekonomi islam dari di tindas oleh musuh-musuh yang sentiasa ingin menindas ekonomi islam.Apa yang penting pelajar-pelajar islam harus memelihara sifat-sifat mahmudah agar jihad islam dapat disebarkan.Mujahid mujahidah islam harus menentang ajaran-ajaran sesat yang akan menyeleweng fikiran generasi islam akan datang.Apa yang penting,pelajar-islam harus berpandukan AL QURAN DAN AS SUNNAH.Kerana hanya ini sahajalah ajaran yang Rasulullah tinggalkan kepada kita an generasi kita.



Rabu, 29 Disember 2010

ISLAM ITU INDAH: Kenapa MusLimaH MacaM Ini??

ISLAM ITU INDAH: Kenapa MusLimaH MacaM Ini??: "Kecantikan muslimat bukan hanya di luaran sahaja?Masalah muslimat sanggul tinggi seperti bonggol unta.Cantik ke??Wajib ke nak tunjuk pada or..."

Selasa, 28 Disember 2010

ISLAM ITU INDAH: Kenapa MusLimaH MacaM Ini??

ISLAM ITU INDAH: Kenapa MusLimaH MacaM Ini??: "Kecantikan muslimat bukan hanya di luaran sahaja?Masalah muslimat sanggul tinggi seperti bonggol unta.Cantik ke??Wajib ke nak tunjuk pada or..."

Kenapa MusLimaH MacaM Ini??

Kecantikan muslimat bukan hanya di luaran sahaja?Masalah muslimat sanggul tinggi seperti bonggol unta.Cantik ke??Wajib ke nak tunjuk pada orang ramai??Tahukah perkara ini haram dan berdosa??Didalam hadith Rasulullah :
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” Hadith Riwayat Muslim

Kalau sanggul itu hanya untuk menunjuk-nunjuk pada lelaki yang bukan mahram maka ia haram dan akan menimbulkan fitnah yang akan menarik perhatian kepada kaum adam yang bukan mahram.Wanita islam hanya boleh menghiaskan diri untuk suami sahaja.Tapi apa yang kita lihat sekarang,si isteri pada masa sekarang ini hanya bergaya di luar sahaja.Ini kerana si isteri berfikir bahawa bergaya di rumah di depan suami tidak seronok.Sanggul tinggi boleh datang haram dan berdosa serta dapat mengghairah shawat apabila lelaki yang bukan mahram melihatnya.Harus memakai sanggul hanya pada si suami kerana ia dituntut dalam islam.

Ahad, 26 Disember 2010

ISLAM ITU INDAH: kitab pondok: KEWAJIPAN MUSLIM DALAM AMAR MAKRUF D...

ISLAM ITU INDAH: kitab pondok: KEWAJIPAN MUSLIM DALAM AMAR MAKRUF D...: "kitab pondok: KEWAJIPAN MUSLIM DALAM AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKA...: 'Kewajipan kita sebagai umat islam dalam melakukan perkara amar makruf ..."

kitab pondok: KEWAJIPAN MUSLIM DALAM AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKA...

kitab pondok: KEWAJIPAN MUSLIM DALAM AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKA...: "Kewajipan kita sebagai umat islam dalam melakukan perkara amar makruf dan nahi mungkar.Perkara ini wajib dilakukan kepada semua muslim dan m..."

KEWAJIPAN MUSLIM DALAM AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

Kewajipan kita sebagai umat islam dalam melakukan perkara amar makruf dan nahi mungkar.Perkara ini wajib dilakukan kepada semua muslim dan muslimat tidak kira umur,masa dan tempat.Di dalam hadith Rasulullah SAW bersabda:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan rasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana” [TMQ at-Taubah (9): 71]


“Kalian (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari kemungkaran, dan beriman kepada Allah” [TMQ ali-Imran (3) : 110]

Allah SWT telah memberi ancaman kepada semua umat manusia yang bersabda:
bahawa barangsiapa yang diam atas kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang daripada mereka, walaupun di dalam hatinya membenci kemungkaran tersebut; sebagai golongan yang memiliki selemah-lemah iman! Dan barangsiapa yang menyuarakan kebencian mereka dan bertindak ke atas perlakuan mungkar yang dilakukan di hadapannya, maka merekalah golongan yang memiliki iman yang paling teguh.

kitab pondok: MENJAGA IKHTILAT ANTARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

kitab pondok: MENJAGA IKHTILAT ANTARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT: "Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan adalah seperti menjaga maruah agama islam.Khususnya kepada wanita islam,harus memelihara diri dari da..."

MENJAGA IKHTILAT ANTARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan adalah seperti menjaga maruah agama islam.Khususnya kepada wanita islam,harus memelihara diri dari dan menjga aurat.Wanita islam wajib memakai pakaian yang longgar,tidak jarang,tidak memakai warna yang terang dan menutup seluruh anggota badan kecuali kedua-dua tapak tangan dan muka sahaja.Ini kerana untuk mengelakkan dari pandangan hawa nafsu lelaki.Perkara ini adalah syariat Allah SWT yang wajib semua muslimat tanpa ada kecuali.Wanita seperti kaca,jika kita tidak menjaganya dengan teliti maka akan pecah la ia.Jika menjaganya dengan baik dan sentiasa membersihkannya maka cantik la ia dan bersinar la ia.Wanita islam tidak sepatutnya mengorbankan maruahnya demi mengejar harat,pangkat,dan nama.Seperti mana yang berlaku sekarang,wanita islam sudah ramai merelakan diri dalam melakukan perkara yang sia-sia seperti menjual diri.Apa yang kita tengok sekarang,ramai wanita islam memakai tudung tapi tidak megikut syariat Allah.Syariat Allah mengajar wanita islam memakai tudung dengan melabuhkan hingga ke bawah dada,tidak jarang,tidak menampakkan bentuk badan dan tidak berhias-hias yang akan menarik perhatian lelaki yang bukan mahramnya.Zaman sekarang ada yang menjual pakaian muslimah,tapi cuba kita lihat adakah pakaian tersebut mengikut syariat Allah SWT??Kita menutup aurat bukan untuk melaram dan mempamerkan pakaian kita.Islam tidak mengajar begitu tapi islam mengajar untuk menutp aurat kita.Ada orang yang menutup aurat tapi tidak menunaikan solat,berkepit dengan lelaki yang bukan mahram,bergaul bebas,berzina dan perkara yang bermaksiat.Ini telah mencemrkan nama islam di pandangan orang-orang bukan islam.Nilai islam telah jatuh akibat orang islam sendiri yang melakukannya.Orang yang bukan islam akan berfikir bahawa orang islam segolongan dengan mereka.Adakah tanggapan mereka benar??Kita harus mengimbas kembali perjuangn wanita-wanita islam pada zaman Rasulullah yang sentiasa menjaga aurat sambil bermujahidah di dalam peperangan.Adakah kita tidak terfikir pengorbanan mereka dalam membela nasib wanita islam pada ketika itu?Mengapa wanita kini begitu mudah membebaskan aurat nya di hadapan muslin?Tahukah berdosa kah kita jika kita membiarkan kaun adam melihat aurat kiat?Kembalilah kita kepada agama islam yang sebenar.Jangan biarkan orang bukan islam memperlekehkan orang islam.Jika kita dah begini,bagaimana pula generasi kita pada masa akan datang??Adakah hanya islam di atas kad pengenalan sahaja??Bangkitlah wahai saudara islam dari mimpi yang lena.
wasalam

Sabtu, 25 Disember 2010

kitab pondok: PENAWAR BAGI HATI-TENTANG KAKI

kitab pondok: PENAWAR BAGI HATI-TENTANG KAKI: "Ketahuilah kita bahawasanya Allah telah menjadikan dua tangan dan dua kaki untuk manfaat semua manusia.Anggota kedua tangan dan kaki harus d..."

PENAWAR BAGI HATI-TENTANG KAKI

Ketahuilah kita bahawasanya Allah telah menjadikan dua tangan dan dua kaki untuk manfaat semua manusia.Anggota kedua tangan dan kaki harus digunakan untuk melakkukan amal kebajikan dan pekerjaan yang mulia.Seperti berjalan menuju ke masjid,dan tempat menuntut ilmu yang memberi manfaat dan berjalan menuju ke peperangan dan mengerjakan haji serta umrah dan berjalan menziarahi atau menghubungkan silaturahim antara satu sama lain dan perkara yang dapat memberikan manfaat kepada kita.Manakala kedua-dua tangan menulis kerana ilmu,berjabat tangan dengan orang yang soleh,dan segala ibadah Allah yang menggunakan tangan.Kita harus manfaatkan kedua-dua anggota ini di dunia dengan menggunakannya untuk mencari rezeki yang halal.Kita harus mensyukuri nikmat terhadap anugerah ini dan harus memeliharanya dengan tidak menyakiti kaki dan tangan ini.Seprti kaki melangkah ke tempat-tempat maksiat dan tangan menulis perkara yang sia-sia melainkan ia darurat.

Khamis, 23 Disember 2010

kitab pondok: PENAWAR BAGI HATI-TENTANG LIDAH

kitab pondok: PENAWAR BAGI HATI-TENTANG LIDAH: "Allah menjadikan lidah bagi kita supaya membaca pada al quran dan hadith Nabi Muhammad SAW dan semua zikir serta pengetahuan yang akan membe..."

Sabtu, 11 Disember 2010

PENAWAR BAGI HATI-TENTANG LIDAH

Allah menjadikan lidah bagi kita supaya membaca pada al quran dan hadith Nabi Muhammad SAW dan semua zikir serta pengetahuan yang akan memberi manfaat kepada kita agar kita dapat menyampaikan nya kepada orang lain akan ilmu itu.Lidah juga Allah jadikan untuk kita melakukan amar makruf dan nahi mungkar atas semua umat islam serta mendamaikan permusuhan yang berlaku di atas muka bumi ini.Kita wajib menjaga pertuturan kita agar kata-kata kita tidak akan menyakiti hati dan perasaan orang lain.Walaubagaimanapun,sesetengah kata-kata dusta harus dilakukan ini kerana ia melihat akan orang yang haram di bunuh,yang bersembunyi daripada orang yang zalim yang di khendaki untuk di bunuh maka hendaklah kita berdusta kerana untuk melepaskan daripada oran yang zalim.Beberapa ijmak ulama mengatakan mengumpat itu berdosa besar kerana akan mendapatkan seksaan yang pedih.Berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah Al Hajarat yang bermaksud:
 
12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh الشيخان عن ابي هريرة رضى الله عنه yang bermaksud:Jauhilah kamu akan diri kamu dan perkara mengumpat kerana bahawa mengumpat itu lebih baik daripada berzina.Nabi berkata:apabila seseorang lelaki itu berzina dan bertaubat,Allah akan menerima taubatnya tetapi orang yang mengumpat pula tidak akan di ampun hingga dia meminta ampun dari orang di umpatnya.

PENAWAR BAGI HATI-TENTANG TELINGA

Ketahuilah bahawa Allah menjadikan telinga adalah untuk tujuan berfaedah kepada manusia.Telinga adalah untuk mendengar dan menyampaikan perkara yang baik serta memahaminya tentang perkara-perkara kebaikan di dunia.Telinga untuk akhirat adalah mendengar bacaan al quran dan hadith Nabi SAW dan segala ilmu yang memberi manfaat.Ini kerana orang yang mendengar lebih baik dari orang yang membacanya.Orang yang mendengar itu dapat memelihara daripada mendengar perkara yang dilarang seperti mengumpat,mengadu domba,perkara yang tidak baik seperti bida'ah,berbantah,mendengar suara orang perempuan dan sebaliknya,mendengar bunyi perhiasan perempuan di kaki,permainan yang diharamkan seperti serunai dan gendang,Telinga seumpama makanan,apa yang dimakan elok pada badan dan sesetengah apa yang di makan tidak elok untuk pada badan.Firman Allah SWT di dalam surah Al israk ayat 36 yang bermaksud: 

36. Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.

PENAWAR BAGI HATI-TENTANG MATA

Ketahui bahawa mata kita dijadikan oleh Allah yang berfungsi di dunia dan di akhirat.Fungsi nya adalah untuk melihat langit,matahari,bulan,bintang dan lain-lain.Ini kerana dapat menghayati kekuaasaan ALLAH.Selain itu,mata berfungsi untuk melihat kitab Allah yang mulia "al quran" ,melihat akan jalan ke masjid,tempat menuntut ilmu,serta perkara baik.Kita harusklah menjaga mata kita dari melihat benda yang haram seperti melihat perempuan yang lain daripada isteri dan mahramnya dan sebaliknya,melihat akan aurat lelaki dan sebaliknya seperti firman Allah dalam surah an nur ayat 30 yang bermaksud:

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

Kita harus memelihara setiap anggota badan kita dari melakukan perkara yang sia-sia.Jika memelihara kaki,maka di syurga kelak kita akan berjalan di dalam kebun syurga dan mahligainya.Jika kita memelihara tangan kita maka kita akan mencapai buah-buahan syurga dan meminumnya.Tiada nikmat yang paling besar selain dari mata kita yang kita pelihara dari dapat melihat Allah .Oleh itu mari lah kita memelihara dan menjaga nya agar kita dapat ganjaran di syurga serta menikmatinya..Adakah anda tidak mahu??