Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Jumaat, 14 Januari 2011

AKU CINTA HANYA DIA....

DUHAI CINTA..
KAU HADIR TANPA KU SEDARI,
KAU TELAH MENAWAN HATIKU,
HINGGA AKU TIDAK DAPAT MENAHAN NYA DARI MENUSUK DI JIWA KU,
KAU DATANG DENGAN MEMBAWA SEGUNUNG HARAPAN,
KAU MENDAMAI JIWA KU,
DI SAAT AKU MEMERLUKAN MU....

DUHAI CINTA KU..
KAU MEMBERIKAN AKU SEMANGAT KETIKA AKU PUTUS ASA,
KAU MENYELAMI JIWA KU APABILA AKU GELISAH DAN RESAH,
KAU MENENANG KAN JIWA KU SAAT AKU KEBINGGUNGAN,
KAU MEMBERI AKU KEKUATAN SAAT AKU MULA REBAH,
KAU MEMBERI CAHAYA KETIKA AKU MERASA DUNIA AKU MAKIN GELAP,
KAU LAH SEGALANYA BAGI KU..

DUHAI CINTA KU YG ABADI..
KAU PENYERI HIDUP KU...
SETIAP SAAT AKU BERNAFAS AKU MENGINGATI MU,
SETIAP PERKARA YG KU LAKUKAN KERANA MU,
TIADA YG LAIN SELAIN MU,
KERANA KAU LAH CINTA KU,
CINTA KU SELAMANYA,
HANYA KAU YG LAYAK AKU CINTAI,
CUKUP KAU BUAT DIRIKU DI DUNIA INI,
KAU LAH ALLAH SWT..TERIMA LAH CINTAKU INI..

Jumaat, 7 Januari 2011

ISLAM ITU INDAH: DAH BERAPA KALI CAKAP YANG COUPLE 2 HARAM!

ISLAM ITU INDAH: DAH BERAPA KALI CAKAP YANG COUPLE 2 HARAM!: "Assalammualaikum kepada saudara-saudara islamku.Cinta kepada Allah sangat sejati.Apa yang kita mahukan Allah akan tunaikan tetapi jika tidak..."

DAH BERAPA KALI CAKAP YANG COUPLE 2 HARAM!

Assalammualaikum kepada saudara-saudara islamku.Cinta kepada Allah sangat sejati.Apa yang kita mahukan Allah akan tunaikan tetapi jika tidak dikabulkan kita hendaklah menganggap bahawa itu adalah ujian Allah kepada kita.Cinta kepada manusia akan layu.cinta pada Allah kekal selamanya.Itulah salah satu masalah remaja-remaja islam khususnya perempun zaman sekarang.Masalah ini hanyalah kecil tetapi telah dibesar-besarkan apabila berlakunya isu pembuangan bayi,rogol,bunuh diri,lari dari rumah dan lain-lain.Ini terjadi gara-gara kes cinta monyet yang mana tidak mendatangkan faedah kepada remaja islam.Mereka telah memperisa-siakan usia remaja mereka dengan mengorbankan maruah kepada kaum adam yang belum sah menjadikan pasangan mereka.Wahai remaja islam,sedarlah bahawa cinta Allah akan kekal selamanya.Ikatan ijab qabul hanya akan dilafaz setelah sahnya cinta kita atas dasar cinta kepada Allah.Inilah yang dikatakan kemulian Allah SWT.Rasulullah bersabda: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali bernikah (ibnu Majah) Manusia yang dilahirkan tanpa dosa noda yang lahir bersama.Namun manusia telah mengotorinya dengan melakukan zina.Tidak kah kita kasahani ibu bapa kita??Sesungguhnya Allah mengetahui kelemahan manusia yang Dia ciptakan.Walaupun bercinta tetapi tidak melakukan zina.Tetapi manuisa akan tetap diuji dan akhirnya apabila manusia tidak tahan ujian,akhirnya akan kecundang juga.Ini telah diceritakan dalam surah Al Araf ayat 19 yang mengisahkan kisah ADAM dan HAWA tentang tidak tahan ujian Allah.Allah telah melarang mereka untuk tidak mendekati dan memakan buah di syurga.Nmaun Allah mengetahui kelemahan ADAM dan HAWA.Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.Maka kita di hendakalh menjauhi perbuatan yang akan mendatangkan zina kepada kita.Sepertimana Firman Allah di dalam surah Al Isra' ayat 32 yang bermaksud:dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu prbuatan keji dan sesuatu jalan yang buruk.Apa yang dikatakan zina??Zina tangan-berpegang tangan dengan pasangan yang bukan muhram kita,zina hati-selalu rindu dan teringat pada si dia,zina mulut @ suara-selalu caling dan suara mendayu-dayu(mengoda),zina kaki-berdating dan tengok wayang,zina mata-asyik pandang mata bertemu dengan mata.
Ada pendapat ulama telah berfatwa tentang couple ini seperti Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin,Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman al Jibrin mengatakan bahawa zian tersebut akan mendatangkan shawat kepada pasangan couple.


Selasa, 4 Januari 2011

Siapa saudara kita??

Assalammualaikum kepada saudara-saudara islam ku di muka bumi ini.Allah telah menciptakan sebaik-baik manusia dari segumpal darah hingga Allah meniup roh ketika masih di dalam rahim seorang ibu.Apabila laungan azan oleh ayahanda tercinta di saat itulah kamu mendengar kalimah Allah yang Maha Esa.Kamu dilahirkan dari benih islam.Ibu bapa kamu menyirami didikan islam hinggalah kamu subur.Semakin kamu bernafas dan semakin itulah amalan kamu di dunia Allah ini.Justeru itu,makmurkanlah bumi Allah ini dengan menegakkan syiar islam yang telah kian ditindas oleh saudara kamu sendiri.Lihatlah manusia yang berada di sekeliling kamu.Mereka leka dan alpa dengan kemewahan dunia.Mereka bergaduh sesama saudara,mengejar kemewahan.darjat,nama,hidup dengan keseronokkan dunia dan melakukan maksiat.TAPI lihatlah saudara kamu pula yang sedang menanggung derita,sakit,kehancuran,penindasan oleh orang yang dilaknat Allah SWT.Mereka melakukan kekejaman kepada saudara kita.Apa yang sepatutnya yang kita harus lakukan??Hanya melihat mereka??siapa mereka pada kita??TAPI pada hari ini,orang yang bukan saudara kita telah kita bantu mereka hinggakan saudara seislam kita telah kita abaikan.Dimana silaturahhim yang telah Rasullah jalinkan dahulu saat penghijrahaan Baginda ke Madinah??ia telah kian runtuh kerana angkara kita.Manusia kini.Semua itu telah hilang keran di kaburi oleh anasir-anasir yang cuba melenyapkan silaturahhim itu.Ayuh!!!!Bangkitlah saudaraku.Jangan memperisa-siakan pengorbanan Rasulullah seketika dahulu.Jadilah mujahid mujahidah Allah.Biarlah kita mati dalam keadaan syahid daripada mati dalam keadaan sia-sia.

Ahad, 2 Januari 2011

ISLAM ITU INDAH: Apa BezA JaHiLiyyAh SekARaNg DeNgAn JahiLiyyah DaH...

ISLAM ITU INDAH: Apa BezA JaHiLiyyAh SekARaNg DeNgAn JahiLiyyah DaH...: "Assalammualaikum kepada saudara-saudara islam ku yang hidup di muka bumi Allah.Tahukah kalian perbezaan antara jahiliyyah sekarang dengan ja..."

Apa BezA JaHiLiyyAh SekARaNg DeNgAn JahiLiyyah DaHuLu??

Assalammualaikum kepada saudara-saudara islam ku yang hidup di muka bumi Allah.Tahukah kalian perbezaan antara jahiliyyah sekarang dengan jahiliyyah pada masa dahulu.Sungguh berbeza..Apa yang saya ingin katakan di sini,Jahiliyyah adalah bermaksud tidak mengetahui apa-apa atau tidak ada ilmu pengetahuan atau boleh dikatakan bodoh.Manusia yang hidup pada zaman jahiliyyah tidak mengetahiu hukum-hukum atau ilmu pengetahuan tentang islam.Namun apabila utusan Allah yang diturunkan kepada Nabi terakhir,Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril A.S telah membawa perubahan yang besar kepada manusia hinggalah ke sekarang.Dengan tersebarnya dakwah islam ke seluruh pelusok dunia,umat islam berpegangan pada AL QURAN dan AS SUNNAH sehingga ke detik ini.Jahiliyyah telah ditindas oleh Rasulullah,para sahabat,tabiq,tabi'en dan tabiq tabi'en.Semua perkara jahiliyyah telah dimusnahkan pada zaman dahulu.Pengorbanan Rasulullah dengan para sahabat ketika dahulu membawa makna yang besar kepada umat islam.Namun apa yang berlaku pada akhir zaman kini,umat islam telah menghancurkan pengorbanan mereka.Kini jahiliyyah telah mula wujud kerana manusia sendiri.Ini kerana makna jahilyyah sekarang bererti berilmu pengetahuan atau pandai namun tidak menyerap di dada mereka.Apa yang saya ingin katakan bahawa umat islam mempelajari ilmu pengetahuan agama,pandai,dan berintelektual namun mereka tidak mengamalkannya.Contohnya seseorang umat islam mempelajari hukum-hukum menutp aurat tetapi tidak menutup aurat malah melakukan maksiat.Bukankah ia sama pada zaman jahiliyyah pada ketika dahulu.Mengapa ia boleh berlaku?Di dalam hadith Rasulullah mengatakan bahawa zaman jahiliyyah akan berlaku dan berulang kembali.Mereka islam tetapi jahil dan melakukan maksiat.Cuba kita lihat pada sekeliling kita,umat islam telah hanyut dibuai mimpi indah kemewahan dunia,pangkat,harta dan nama.Ini boleh dikaitkan dengan peristiwa Nabi Adam A.S dengan syaitan ketika Allah menyuruh para malaikat dan iblis untuk tunduk pada Nabi Adam A.S.Ini telah disebut di dalam kitab suci Allah surah Al Baqarah:

34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir.

Maka di saat itu iblis akan menggoyah hati iman manusia sehinggalah hari kiamat.Dan manusia akan leka dan alpa apabila tidak meningkatkan iman dan cekalkannya.Akhirnya terjadi permusuhan,pembunuhan,dan peperngan di muka bumi ALLAH.Sehingga kan ramai saudara-saudara islam kita terbunuh angkara saudaranya sendiri.Mengapa boleh jadi begiru?Ini kerana manusia hidup dengan kesronokkan cinta dunia.Bukankah bagus pemuda-pemuda islam syahid dalam perjuangan menegakkan syiar islam daripada syahid di jalan raya.Allahuakhabar.Sayang sungguh manusia kini.Wanita pula alangkah indahnya menyerahkan diri dalam mujahidah daripada menyerahkan diri kepada zina,melacur,membuat seks dengan lelaki bukan mahram.Sesungguhnya nilai seorang umat islam sangat berharga.Dimanakah pemuda seperti Sultan Muhammad AL Fateh??Salehhudin Al Ayubbi??Dan dimanakah pula wanita islam seperti Sumayyah?Asma abu bakar? DIMANAKAH?????????????BANGKITLAH WAHAI UMAT ISLAM!!SEDARLAH KAMU DARI MIMPI YANG LENA!!!!IA HANYA MENSIA-SIA KAN KALIAN.BANGKITLAH SEMANGAT ISLAM DALAM MENEGAKKAN SYIAR ISLAM.Sesungguhnya Allah akan menolong pada hambaNya yang menolong menyebarkan agama islam.ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Khamis, 30 Disember 2010

ISLAM ITU INDAH: PERANAN SEORANG PELAJAR ISLAM

ISLAM ITU INDAH: PERANAN SEORANG PELAJAR ISLAM: "Nilai seorang pelajar islam sangat bernilai kepada agama islam.Semangat seorang pelajar bukan sahaja di dalam bilik kelas atau kuliah sahaja..."