Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Jumaat, 7 Januari 2011

DAH BERAPA KALI CAKAP YANG COUPLE 2 HARAM!

Assalammualaikum kepada saudara-saudara islamku.Cinta kepada Allah sangat sejati.Apa yang kita mahukan Allah akan tunaikan tetapi jika tidak dikabulkan kita hendaklah menganggap bahawa itu adalah ujian Allah kepada kita.Cinta kepada manusia akan layu.cinta pada Allah kekal selamanya.Itulah salah satu masalah remaja-remaja islam khususnya perempun zaman sekarang.Masalah ini hanyalah kecil tetapi telah dibesar-besarkan apabila berlakunya isu pembuangan bayi,rogol,bunuh diri,lari dari rumah dan lain-lain.Ini terjadi gara-gara kes cinta monyet yang mana tidak mendatangkan faedah kepada remaja islam.Mereka telah memperisa-siakan usia remaja mereka dengan mengorbankan maruah kepada kaum adam yang belum sah menjadikan pasangan mereka.Wahai remaja islam,sedarlah bahawa cinta Allah akan kekal selamanya.Ikatan ijab qabul hanya akan dilafaz setelah sahnya cinta kita atas dasar cinta kepada Allah.Inilah yang dikatakan kemulian Allah SWT.Rasulullah bersabda: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali bernikah (ibnu Majah) Manusia yang dilahirkan tanpa dosa noda yang lahir bersama.Namun manusia telah mengotorinya dengan melakukan zina.Tidak kah kita kasahani ibu bapa kita??Sesungguhnya Allah mengetahui kelemahan manusia yang Dia ciptakan.Walaupun bercinta tetapi tidak melakukan zina.Tetapi manuisa akan tetap diuji dan akhirnya apabila manusia tidak tahan ujian,akhirnya akan kecundang juga.Ini telah diceritakan dalam surah Al Araf ayat 19 yang mengisahkan kisah ADAM dan HAWA tentang tidak tahan ujian Allah.Allah telah melarang mereka untuk tidak mendekati dan memakan buah di syurga.Nmaun Allah mengetahui kelemahan ADAM dan HAWA.Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.Maka kita di hendakalh menjauhi perbuatan yang akan mendatangkan zina kepada kita.Sepertimana Firman Allah di dalam surah Al Isra' ayat 32 yang bermaksud:dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu prbuatan keji dan sesuatu jalan yang buruk.Apa yang dikatakan zina??Zina tangan-berpegang tangan dengan pasangan yang bukan muhram kita,zina hati-selalu rindu dan teringat pada si dia,zina mulut @ suara-selalu caling dan suara mendayu-dayu(mengoda),zina kaki-berdating dan tengok wayang,zina mata-asyik pandang mata bertemu dengan mata.
Ada pendapat ulama telah berfatwa tentang couple ini seperti Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin,Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman al Jibrin mengatakan bahawa zian tersebut akan mendatangkan shawat kepada pasangan couple.


1 ulasan: