Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Selasa, 28 Disember 2010

Kenapa MusLimaH MacaM Ini??

Kecantikan muslimat bukan hanya di luaran sahaja?Masalah muslimat sanggul tinggi seperti bonggol unta.Cantik ke??Wajib ke nak tunjuk pada orang ramai??Tahukah perkara ini haram dan berdosa??Didalam hadith Rasulullah :
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” Hadith Riwayat Muslim

Kalau sanggul itu hanya untuk menunjuk-nunjuk pada lelaki yang bukan mahram maka ia haram dan akan menimbulkan fitnah yang akan menarik perhatian kepada kaum adam yang bukan mahram.Wanita islam hanya boleh menghiaskan diri untuk suami sahaja.Tapi apa yang kita lihat sekarang,si isteri pada masa sekarang ini hanya bergaya di luar sahaja.Ini kerana si isteri berfikir bahawa bergaya di rumah di depan suami tidak seronok.Sanggul tinggi boleh datang haram dan berdosa serta dapat mengghairah shawat apabila lelaki yang bukan mahram melihatnya.Harus memakai sanggul hanya pada si suami kerana ia dituntut dalam islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan