Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Sabtu, 11 Disember 2010

PENAWAR BAGI HATI-TENTANG MATA

Ketahui bahawa mata kita dijadikan oleh Allah yang berfungsi di dunia dan di akhirat.Fungsi nya adalah untuk melihat langit,matahari,bulan,bintang dan lain-lain.Ini kerana dapat menghayati kekuaasaan ALLAH.Selain itu,mata berfungsi untuk melihat kitab Allah yang mulia "al quran" ,melihat akan jalan ke masjid,tempat menuntut ilmu,serta perkara baik.Kita harusklah menjaga mata kita dari melihat benda yang haram seperti melihat perempuan yang lain daripada isteri dan mahramnya dan sebaliknya,melihat akan aurat lelaki dan sebaliknya seperti firman Allah dalam surah an nur ayat 30 yang bermaksud:

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

Kita harus memelihara setiap anggota badan kita dari melakukan perkara yang sia-sia.Jika memelihara kaki,maka di syurga kelak kita akan berjalan di dalam kebun syurga dan mahligainya.Jika kita memelihara tangan kita maka kita akan mencapai buah-buahan syurga dan meminumnya.Tiada nikmat yang paling besar selain dari mata kita yang kita pelihara dari dapat melihat Allah .Oleh itu mari lah kita memelihara dan menjaga nya agar kita dapat ganjaran di syurga serta menikmatinya..Adakah anda tidak mahu??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan