Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Sabtu, 11 Disember 2010

PENAWAR BAGI HATI-TENTANG TELINGA

Ketahuilah bahawa Allah menjadikan telinga adalah untuk tujuan berfaedah kepada manusia.Telinga adalah untuk mendengar dan menyampaikan perkara yang baik serta memahaminya tentang perkara-perkara kebaikan di dunia.Telinga untuk akhirat adalah mendengar bacaan al quran dan hadith Nabi SAW dan segala ilmu yang memberi manfaat.Ini kerana orang yang mendengar lebih baik dari orang yang membacanya.Orang yang mendengar itu dapat memelihara daripada mendengar perkara yang dilarang seperti mengumpat,mengadu domba,perkara yang tidak baik seperti bida'ah,berbantah,mendengar suara orang perempuan dan sebaliknya,mendengar bunyi perhiasan perempuan di kaki,permainan yang diharamkan seperti serunai dan gendang,Telinga seumpama makanan,apa yang dimakan elok pada badan dan sesetengah apa yang di makan tidak elok untuk pada badan.Firman Allah SWT di dalam surah Al israk ayat 36 yang bermaksud: 

36. Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan