Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Sabtu, 11 Disember 2010

PENAWAR BAGI HATI-TENTANG LIDAH

Allah menjadikan lidah bagi kita supaya membaca pada al quran dan hadith Nabi Muhammad SAW dan semua zikir serta pengetahuan yang akan memberi manfaat kepada kita agar kita dapat menyampaikan nya kepada orang lain akan ilmu itu.Lidah juga Allah jadikan untuk kita melakukan amar makruf dan nahi mungkar atas semua umat islam serta mendamaikan permusuhan yang berlaku di atas muka bumi ini.Kita wajib menjaga pertuturan kita agar kata-kata kita tidak akan menyakiti hati dan perasaan orang lain.Walaubagaimanapun,sesetengah kata-kata dusta harus dilakukan ini kerana ia melihat akan orang yang haram di bunuh,yang bersembunyi daripada orang yang zalim yang di khendaki untuk di bunuh maka hendaklah kita berdusta kerana untuk melepaskan daripada oran yang zalim.Beberapa ijmak ulama mengatakan mengumpat itu berdosa besar kerana akan mendapatkan seksaan yang pedih.Berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah Al Hajarat yang bermaksud:
 
12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh الشيخان عن ابي هريرة رضى الله عنه yang bermaksud:Jauhilah kamu akan diri kamu dan perkara mengumpat kerana bahawa mengumpat itu lebih baik daripada berzina.Nabi berkata:apabila seseorang lelaki itu berzina dan bertaubat,Allah akan menerima taubatnya tetapi orang yang mengumpat pula tidak akan di ampun hingga dia meminta ampun dari orang di umpatnya.

1 ulasan:

  1. setiap apa yang Allah telah anugerahkan harus kita bersyukur dan memanfaatkannya.

    BalasPadam