Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Ahad, 26 Disember 2010

MENJAGA IKHTILAT ANTARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan adalah seperti menjaga maruah agama islam.Khususnya kepada wanita islam,harus memelihara diri dari dan menjga aurat.Wanita islam wajib memakai pakaian yang longgar,tidak jarang,tidak memakai warna yang terang dan menutup seluruh anggota badan kecuali kedua-dua tapak tangan dan muka sahaja.Ini kerana untuk mengelakkan dari pandangan hawa nafsu lelaki.Perkara ini adalah syariat Allah SWT yang wajib semua muslimat tanpa ada kecuali.Wanita seperti kaca,jika kita tidak menjaganya dengan teliti maka akan pecah la ia.Jika menjaganya dengan baik dan sentiasa membersihkannya maka cantik la ia dan bersinar la ia.Wanita islam tidak sepatutnya mengorbankan maruahnya demi mengejar harat,pangkat,dan nama.Seperti mana yang berlaku sekarang,wanita islam sudah ramai merelakan diri dalam melakukan perkara yang sia-sia seperti menjual diri.Apa yang kita tengok sekarang,ramai wanita islam memakai tudung tapi tidak megikut syariat Allah.Syariat Allah mengajar wanita islam memakai tudung dengan melabuhkan hingga ke bawah dada,tidak jarang,tidak menampakkan bentuk badan dan tidak berhias-hias yang akan menarik perhatian lelaki yang bukan mahramnya.Zaman sekarang ada yang menjual pakaian muslimah,tapi cuba kita lihat adakah pakaian tersebut mengikut syariat Allah SWT??Kita menutup aurat bukan untuk melaram dan mempamerkan pakaian kita.Islam tidak mengajar begitu tapi islam mengajar untuk menutp aurat kita.Ada orang yang menutup aurat tapi tidak menunaikan solat,berkepit dengan lelaki yang bukan mahram,bergaul bebas,berzina dan perkara yang bermaksiat.Ini telah mencemrkan nama islam di pandangan orang-orang bukan islam.Nilai islam telah jatuh akibat orang islam sendiri yang melakukannya.Orang yang bukan islam akan berfikir bahawa orang islam segolongan dengan mereka.Adakah tanggapan mereka benar??Kita harus mengimbas kembali perjuangn wanita-wanita islam pada zaman Rasulullah yang sentiasa menjaga aurat sambil bermujahidah di dalam peperangan.Adakah kita tidak terfikir pengorbanan mereka dalam membela nasib wanita islam pada ketika itu?Mengapa wanita kini begitu mudah membebaskan aurat nya di hadapan muslin?Tahukah berdosa kah kita jika kita membiarkan kaun adam melihat aurat kiat?Kembalilah kita kepada agama islam yang sebenar.Jangan biarkan orang bukan islam memperlekehkan orang islam.Jika kita dah begini,bagaimana pula generasi kita pada masa akan datang??Adakah hanya islam di atas kad pengenalan sahaja??Bangkitlah wahai saudara islam dari mimpi yang lena.
wasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan