Cintaku pada Dia

Cintaku pada Dia
hatiku untuk dia

Khamis, 30 Disember 2010

PERANAN SEORANG PELAJAR ISLAM

Nilai seorang pelajar islam sangat bernilai kepada agama islam.Semangat seorang pelajar bukan sahaja di dalam bilik kelas atau kuliah sahaja.Malah ilmu mereka boleh digunakan dalam keadaan apa-apa pun sehingga dapat menyelamatkan saudara-saudara islam yang tengah menderita akibat musuh Allah..Oleh itu,ibu bapa seharusnya mencorak ilmu di dada mereka.Kerana mereka adalah bakal mujahid mujahidah islam yang akan menegakkan agama islam fi sabillillah.Dididkan agama bukan sahaja ketika kecil malah semaik peningkatan dewasaan mereka harus diperhatikan oleh ibu bapa.Ini kerana mereka juga khalifah yang akan mentadbirkan muka bumi Allah ini.Ilmu-Ilmu islam yang telah disebarkan oleh Nabi kita,Rasulullah SAW adalah amanah kita untuk kita turunkan ilmu itu kepada anak-anak kita.Generasi islam bergantung kepada generasi kita akan datang.Jika kita tidak memberi amanah ini,maka hanya sia-sia sahaja usaha dan pengorbanan Rasulullah,para sahabat,dan tabiq tabi'en.Apa tujuan mereka buat itu semua??Hanya lah untuk umat islam pada zaman kini.Kita harus menyambung risalah-risalah kepada anak-anak kita.Tapi pengedaran zaman dengan kemewahan dunia telah menyebabkan generasi kita kini telah leka dan alpa dengan tugas amanah yang telah Allah perintahkan.Ilmu yang berkaitan dengan syariat islam bukan sahaja perlu kta tuntut.Malah ilmu islam itu luas dan berbagai seperti ekonomi,sains,perniagaan,teknologi dan lain-lain.Ini kerana ilmu-ilmu itu berkaitan dengan islam contoh ekonomi.Ilmu ini dapat menyelamatkan ekonomi islam dari di tindas oleh musuh-musuh yang sentiasa ingin menindas ekonomi islam.Apa yang penting pelajar-pelajar islam harus memelihara sifat-sifat mahmudah agar jihad islam dapat disebarkan.Mujahid mujahidah islam harus menentang ajaran-ajaran sesat yang akan menyeleweng fikiran generasi islam akan datang.Apa yang penting,pelajar-islam harus berpandukan AL QURAN DAN AS SUNNAH.Kerana hanya ini sahajalah ajaran yang Rasulullah tinggalkan kepada kita an generasi kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan